
Yup! itulah destinasi pilihan aku hari ini..haha. Sebenarnya bukan taman ini yg aku pergi tetapi ada satu lagi taman di dalamnya iaitu Taman Jepun. Mujur tadi hujan berhenti seketika, so bolehlah aku jalan² di sini menghayati keindahan dan ketenangan yg terdapat di sini. Tahukah anda terdapat 2 taman Jepun di Ipoh? Baru pegi yg ni sbb orang kata yg ni lagi best dan besar..hehe..

Sedikit info pasal taman ini: Taman Jepun terletak di Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam atau Taman D.R di Ipoh, Perak. Dengan keluasan 1.2 hektar, taman ini dibina mengikut struktur lanskap yang unik sama seperti taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. Kini, Taman Jepun boleh diklasifikasikan sebahagian daripada Taman D.R. Seenivasagam. Taman ini telah dibuka pada awal tahun tahun 50-an. Taman ini secara rasminya dibuka pada 30 Jun 1995 dalam majlis gilang gemilang yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Ahmad Salleh Haji Sarif bersama dengan Datuk Bandar sebelumnya, Dato Haji Umar Haji Abu. Sementara itu, bendahari Majlis Bandaraya Fukuoka, Encik Watanabe mewakili Datuk Bandar Fukuoka. Itu dia, mmg bukan sembarangan taman tp ada link jgk dgn Jepun tu..hehe..

Dari pandangan peribadi aku, mmg taman ni cukup mendamaikan. Pergi sorang² sambil layan perasaan mmg syok..hehe. Berjalan pusing keliling kolam sambil melihat telatah ikan koi yg melompat² di permukaan, yg kekadang cuak jgk takut kena attack dgn ikan² ni. Suasananya nyaman dgn landskap yg dijaga rapi..Sape nak berpuisi di sini, sesuai sgtlah tu..hehe..




Terdapat juga senibina jepun, tp x banyak sgt, sbb taman ini lebih kepada landskap tumbuhan je. Ada la beberapa tiang yg macam kat atas ni, baru la nampak mcm ada rasa jepun..sigh..Tapi mesti boleh perasan, pegi mana² pun mesti ada jambatan yg mcm ni, pastu mesti kaler merah..betul ke x aku x tau..hehe..



Begitu juga dgn air terjunnya..walaupun kecil, tapi tetap ada dan mengalir penuh mendamaikan..hehe..

Jika ada masa dan kesempatan, ya mungkin akan datang lagi untuk menghayati keindahan alam sekeliling, menenangkan fikiran dan beriadah..Atau pun datang skodeng? hahaha..

Teruskan membaca